Wednesday, August 26, 2009

PIsANg DaN HaTi

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguhmenarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastikyang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci kekelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantungkepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisangmasing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji danpaling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang palingmereka benci.
Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamupergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akantahu keputusannya beritahu Cikgu Maryam.

Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik danakhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Merekatidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbaubusuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.


Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak.Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perludibawa.

Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu? tanya Cikgu Mayam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Merekahilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksatidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.


Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu beritahu Cikgu Maryam.


Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci!


No comments: